hot brown sugah opens her trap yet again
hey all! its a pretty long read but i hope u'll endure la! its for our own benefit too! *winks* it took me a bloody long time to read n fathom coz i think its in bahasa indonesia but... its really really useful.
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satumalam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya,untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah MahaMendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangatbermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj.Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammadsaw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepadabaginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulusegala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepadamana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satuperutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat.Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikatJibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secaralangsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalildengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang palingmanis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila duaorang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talibmeninggal dunia.
Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mestidipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan jugatermaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. SebenarnyaIsrak Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusiapilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulanAbu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteriini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja(seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalamkesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supayadapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar.Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis)dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke SidratulMuntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketikaitu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan SaidinaJa'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril danMikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan danberlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya.Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersamaunsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengankhatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkatpertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani danrohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani,baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yangamat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyaipergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipiliholeh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewakerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindusehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangistersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekorhaiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad,betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakanyang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan denganrasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terusmembawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail disebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah(Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah.Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu BukitTursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhentiuntukmelakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham,tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat.(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solatsunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabidiperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiapkali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Diantaranya adalah:
* Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya,jin tersungkur
* Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantumdipecahkan lagi tanpa henti.____Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
* Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduriyang amat pahit atau api neraka._____Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
* Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masakdan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah _____Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
* Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapimenambahkan lagi bebanan____Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampumelaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
* Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan guntingbesi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti._____Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiritidak melakukannya.
* Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendirisehingga habis daging, namun masih menggaru lagi._____Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lainserta menjatuhkan maruah mereka.
* Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cubamasuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.___Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah,kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
* Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhentiseolah-olah hendak bertanya sesuatu._____Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramaiumatnya menjadi Yahudi
* Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti_____Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
* Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti____Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengankeduniaan
* Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti_____Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
* Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu_____Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
* Nabi tercium bau yang amat harum_____Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dankeluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
* Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang _____Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
* Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempardengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. _____Gambaran orang yang makan riba'
* Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dandituai._____Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkankalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka diBaitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. NabiMuhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solatbersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak danmadu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenistangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Makabermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dankemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibrilmemberisalam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad sawdiperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabimendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim
Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroqke Mekah bersama Jibril. Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkanNabi berseorangan. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itukepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya. Betapa merekahendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahajamemakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masasehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga SidratulMuntaha. Ketika itu waktu Subuh. Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabimenceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahalyang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepadaNabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepadaorangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahalsendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' NabiMuhammad.
Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabiuntuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hinggaakhir apa yang berlaku. Ada yang terpinga-pinga mendengarnya. Tetapisegolongan lain tetap yakin akan kebenaran Nabi. Beberapa orang berjumpaSaidina Abu Bakar dengan harapan Saidina Abu Bakar menyangkal apa yangberlaku. Tetapi dengan tegas Abu Bakar membenarkan segala kata-kata NabiMuhammad.
Demikianlah sekiranya Allah hendak memberikan kebaikan kepada seseorang,diberikannya keimanan kepada Rasul. Sebaliknya jika Allah tidak menghendakikebaikan pada seseorang, maka tetaplah dia dengan kekufuran dan tidakmempercayai pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad. Semoga kita semuatermasuk dalam kategori manusia yang beriman dengan Allah dan RasulNya.
+ > the glamour babe posted at 4:16 PM < +